BAB 8
Hari ini, Maya Ellisa berasa sungguh sedih kerana
lelaki kesayangannya itu akan pulang ke United Kingdom. Siapa lagi
kalau bukan Megat Ameer?
“ Will you miss me Ameer?” tanya Maya Ellisa dengan
suara yang sayu. Tangannya memegang kedua – dua pipi gebu Megat
Ameer.
Megat Ameer memandang Maya Ellisa dengan mata yang
bercahaya. Megat Andrian sedang bercakap sesuatu dengan Megat Adam
dan Puteri Intan Hawani. Lelaki itu kelihatan sungguh gelisah.
Datin Suraya, Datuk Megat Amriz dan Puteri Intan Hawani
pula sudah memberitahu Maya Ellisa bahawa mereka akan ikut sama Megat
Adam ke United Kingdom. Ini bermakna bahawa Maya Ellisa akan pulang
ke rumah banglo babahnya kerana takkan pula dia hendak tinggal berdua
pula dengan Megat Andrian nanti?
Megat Andrian pula memberitahunya bahawa dia tidak
dapat mengikuti keluarganya yang lain ke sana memandangkan cutinya
yang hampir tamat dan tidak lama lagi dia harus kembali bertugas.
“ I will kakak...” Megat Ameer memeluk erat tubuh
Maya Ellisa seperti tidak ingin melepaskannya. Maya Ellisa sudah
berasa sebak.
“ Maya? Ameer? Jom. Nanti takut terlepas flight
pulak.” tegur Megat Adam.
Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Megat Ameer
tidur lena di pangku Maya Ellisa. Tangannya asyik mengusap rambut
lebat Megat Ameer itu.
<<<<<>>>>>
Sekali lagi Maya Ellisa memeluk kejap tubuh genit Megat
Ameer dan mencium pipinya itu. Megat Andrian pula dilihatnya sedang
bermain isyarat mata dengan abangnya sambil bahunya ditepuk oleh
Datuk Megat Amriz seperti sedang memberi sokongan terhadapnya.
Ada apa – apa yang aku tak tahu ke? Adakah semua ini
dirancang? Tak mungkin... kerana Megat Ameer kelihatan benar –
benar sedih dengan perpisahan ini. Persoalan itu ligat bermain di
benak Maya Ellisa.
“ Maya... tolong tengok – tengokkan anak mama ye?
Dia tu hanya dengar cakap Maya aje. Maya maafkan dia ye, kalau dia
tersalah cakap dengan Maya ke?” Datin Suraya memegang tangan bakal
menantunya yang sejuk itu.
“ Eh! Tak adalah auntie... insya – Allah, Maya akan
jaga anak auntie yang macam budak – budak tu okey? Alaa... jangan
sedih la auntie.” Maya Ellisa cuba menceriakan suasana.
Tidak pernah seumur hidupnya sepanjang mengenali Megat
Andrian, lelaki itu pernah tersalah cakap dengannya. Lelaki itu cukup
menjaga tutur katanya. Kecuali adakalanya nakal juga perangainya itu.
Tapi kau suka perangai nakal dia kan, Maya?
Penumpang pesawat ke United Kingdom sudah dipanggil.
pesawat itu pula akan berlepas lebih kurang setengah jam lagi.
Penumpang diminta masuk ke balai berlepas untuk menguruskan
persediaan untuk penerbangan mereka itu.
Megat Andrian memeluk Datuk Megat Amriz, Megat Adam dan
Puteri Intan Hawani serentak. Maya Ellisa pula memeluk Datin Suraya
sebelum menghantar mereka ke pintu balai berlepas penerbangan
antarabangsa.
Maya Ellisa sedikit tersentak apabila melihat Megat
Andrian sedang memerhatikannya di sebelahnya. Dia melambai – lambai
tangannya di hadapan wajah Megat Andrian yang sedikit pucat.
Hisy... apa yang Haikal ni takutkan sangat? Macamlah
aku nak suruh dia terjun dari KLIA ni!
“ Err... Maya... jom, ikut Kal kejap boleh?”
“ Hah?”
“ Ikut aje. You can trust me.”
Maya Ellisa hanya membuntuti langkah Megat Andrian dari
belakang. Apakah maknanya semua ini?
<<<<<>>>>>
Hangar?
Kenapa pula Megat Andrian hendak membawanya ke garaj
pesawat?
Akhirnya langkah mereka berdua terhenti di sebuah
pesawat jenis airbus. pesawat itu kelihatan baru. Maya Ellisa
memerhati segenap bahagian pesawat yang besar itu dengan rasa kagum.
“ Err... kenapa Kal bawak Maya datang sini?”
“ Saja.” mudah sahaja jawapan yang keluar dari
mulutnya itu. Maya Ellisa masih tidak berpuas hati.
“ Haikal....” suaranya sedikit mendayu – dayu
kedengaran di cuping telinga Megat Andrian.
“ Okey... okey... so... this airbus....”
“ Yes?”
“ Is mine.” suaranya mendatar. Matanya tidak lepas
– lepas dari memandang wajah terkejut Maya Ellisa. Dia sudah dapat
menjangkakan hal ini. Namun ini bukanlah kejutan besarnya pada hari
ini.
“ Huh?! Biar betul... kenapa Maya tak pernah tahu
pun? Bila Kal beli airbus ni? Waaa... awesome....” mulutnya sedikit
melopong.
Megat Andrian tersenyum melihat gelagat Maya Ellisa.
Comel!
“ Baru beli aje. Tapi papa tolong uruskan la. Sebab
syarikat papa tu kan syarikat penerbangan, so, senanglah kalau nak
beli airbus latest dekat pasaran. Cool, kan?” tenang sahaja Megat
Andrian menjawab pertanyaan Maya Ellisa itu. Namun debaran di hatinya
sudah makin menggila!
“ Banyaknya duit yang Kal ada....” tanpa disedari,
kata – kata itu terus meluncur keluar dari mulutnya. Maya Ellisa
menekup mulut lasernya dengan pantas.
Bukannya dia tidak percaya bahawa Megat Andrian mampu
membeli airbus ini, tetapi mustahil lelaki itu hanya berkerjaya
sebagai juruterbang sahaja? Mungkinkah Megat Andrian ada membuat
bisnes yang lain? Bisnes apa pulak tu? Halal ke haram?
Hisy Maya.... kau ni, cepat sangat berburuk sangka pada
Haikal. Tunggulah dulu, dengarlah apa yang dia nak kata...
“ Sebenarnya, papa yang belikan airbus ni untuk Kal.
Memang impossible kalau Kal nak belilah... harga pun berjuta –
juta, hisy... sampai ke tua baru boleh beli agaknya!”
“ Kenapa pulak uncle Riz nak beli untuk Kal?”
Tak ada kerja lain ke uncle Riz oiii... selain daripada
nak habiskan duit?
Maya! Dengarlah penjelasan Haikal tu dulu! Marah suara
hatinya lagi.
“ Hadiah.”
“ Err... untuk apa ye?” tanyanya lagi. Entah kenapa
hatinya makin dibanjiri rasa ingin tahu pada ketika ini.
“ You'll know, soon.”
Megat Andrian berjalan menuju ke pintu pesawat itu lalu
mendaki tangga yang menuju ke pintu itu. Maya Ellisa hanya memerhati
dengan seribu tanda tanya.
Megat Andrian melambai ke arahnya seperti menyuruhnya
untuk mengikut sama masuk ke dalam pesawat yang sangat besar itu.
“ What?” dengan muka poyonya Maya Ellisa bertanya.
“ Jom!” ajak Megat Andrian ceria.
“ Seriously?! Kita nak naik airbus ni?”
“ Yes. Just the both of us.”
“ Am I the first one? Maya orang pertama ke yang Kal
nak bawak dalam airbus lawa ni?!” matanya sudah terbeliak dek rasa
teruja yang amat.
“ Ye sayang...” Megat Andrian tersenyum menggoda.
“ I love you Haikal!!!!” hampir – hampir sahaja
Maya Ellisa yang sedang berlari ke arah Megat Andrian itu terpeluk
tubuh sasa lelaki itu jika bukan kerana otak warasnya yang kembali
berfungsi.
Fuh... nasib baik! Terima kasih encik otak!
Maya Ellisa tersenyum sungging ke arah Megat Andrian
dengan muka yang sehabis poyonya. Megat Andrian tersenyum lalu
mempersilakan Maya Ellisa ke dalam pesawat itu.
“ Do you know butang apa yang nak kena tekan semua?
Banyak sangat ni...”
“ Of course dear, I'm a pilot.” Megat Andrian
mengambil tempat duduk di kokpit, bersebelahan dengan Maya Ellisa.
Pintu hangar yang terbuka luas itu dipandangnya.
“ Geee.... I thought jadi pilot ni senang aje. Bagi
plane terbang, then daratkan dia. That's it. Tak tahu la pulak ada
banyak benda yang nak kena amik tahu...” Maya Ellisa membelek
butang – butang kecil di hadapannya. Tidak berani dia hendak
menyentuhnya.
Megat Andrian mengendalikan pesawat itu hingga ke
landasan yang panjangnya lebih satu kilometer itu. Kelajuan pesawat
itu mencecah lebih enam ratus kilometer sejam. Seketika sahaja
sebelum pesawat itu sudah berada di udara.
Megat Andrian cuba menenangkan dirinya. Maya Ellisa di
sebelah dipandangnya sekilas. Kata – kata semangat daripada abang,
adik dan papanya kembali bermain di benaknya. Dia menarik nafas
sedalam – dalamnya, dalam usaha untuk memperlahankan degupan
jantungnya itu.
Pesawat itu ditukarkan pada mod 'autopilot'. Okey,
inilah masanya.
Ready, set, go!
Apa yang Haikal cuba buat ni????
ReplyDeletealah.. cik penulis... suspen jer... mesti kal nak lamar maya dlm plane tu kan... bestnyer!!! :)
ReplyDeletewau best la, smbng lgi...
ReplyDeletehuhu dia nk uat apa ya?
Ne msti haikal nk lamar maya kan?
ReplyDelete