BAB 9
“ Kal sayang sangat dengan Maya. Dengan ini, saya,
Megat Andrian Haikal, dengan setulus hati saya, inginkan kepastian
sama ada puteri kesayanganku, Dr. Maya Ellisa, sudi menjadi peneman
hidupku, di kala susah dan senang, pengubat rinduku, ratu hatiku dan
nadi jiwaku?” romantis suara Megat Andrian menyapa gegendang
telinga Maya Ellisa.
Maya Ellisa hanya kaku di tempat duduknya sambil
matanya tidak berkelip memandang cincin bertatahkan berlian yang
diikat tinggi itu. Megat Andrian pula masih setia melutut di hadapan
gadis idamannya itu.
Air mata Maya Ellisa sudah bergenang di tubir matanya.
Sungguh, dia terasa cukup terharu di saat ini kerana penantiannya
untuk bergelar isteri kepada Megat Andrian semakin hampir. Kepalanya
dianggukkan perlahan tanda setuju.
Dengan perlahan, Megat Andrian menyarungkan cincin
berlian itu di jari manis Maya Ellisa dengan perasaan yang berdebar.
Sedari tadi duduknya tidak senang dan kini, segalanya sudah berakhir.
Cuma tinggal satu sahaja detik yang mencemaskan baginya.
Itu adalah ketika dia akan melafazkan akad nikah,
mungkin tidak lama lagi.
“ Thanks Maya...” ucap Megat Andrian dengan suara
yang sedikit bergetar.
Tiba – tiba kedengaran bunyi tepukan gemuruh dari
kabin penumpang pesawat airbus itu. Maya Ellisa yang kehairanan,
terus membuka pintu yang menghalang ruang kabin itu dengan kokpit
pesawat. Alangkah terkejutnya dia berasa apabila melihatkan semua
ahli keluarganya ada di situ, termasuklah keluarga bakal mertuanya.
Megat Ameer, Megat Adam, Puteri Intan Hawani dan Maria
Erina tersenyum sungging ke arahnya. Manakala Datuk Megat Amriz,
Datin Suraya, Datuk Mukhriz dan Datin Munirah hanya tersenyum. Sudah
merah tahap petala wajahnya kini.
Aduh! Macam mana pulak aku boleh lupa yang hari ni umi
dengan babah balik dari umrah? Along pulak kenapa menyibuk dekat
sini?! Dan yang lain.... aahhhh! Tadi semua hanyalah lakonan!
Patutlah aku tengok Haikal gelabah semacam aje tadi! Adeh...
malunya....
“ Hehee.....” Megat Andrian menggaru – garu
kepalanya yang tidak gatal apabila ditenung tajam oleh Maya Ellisa.
“ Tahniah sayang... anak umi dah nak jadi isteri
orang dah, jangan buat perangai tak senonoh lagi ye....” pesan
Datin Munirah sambil memeluk Maya Ellisa.
“ Umi... kenapa tak call kata umi balik hari ni?”
“ Alaaa.... kalau umi call pun, nanti orang tu lupa
jugak. Biasalah... orang yang tengah bercinta ni, mood dia berbeza
sikit..” kata Datin Munirah selamba.
Maria Erina bergerak mendekati dua beradik itu lalu
terus mencapai tangan Maya Ellisa. Dibeleknya cincin yang terletak
elok di jari manis adiknya itu. Matanya bersinar – sinar.
“ Adam... betullah awak cakap! Memang cincin ni lawa!
Dan pada pemerhatian saya, mahal, sama macam yang awak cakap tu!”
“ Dah kata dah...” Megat Adam mengusap rambut lebat
Megat Ameer yang sedang berada di pangkuannya.
“ Abang Am... nanti beli cincin plastik cukuplah
untuk along. Dia tak kisah pun...” Maya Ellisa mengenakan kakaknya
pula.
“ Really?” tanya Megat Adam dengan keningnya yang
terangkat seolah – olah dia akan membeli cincin untuk Maria Erina
nanti.
“ Eh.. eh... sapa cakap along tak kisah? Kisah la...
along bukannya macam Aiman tak kisah....”
“ So.... bila nak nikah?” tanya Datuk Mukhriz,
mencelah perbualan tidak berfaedah kedua – dua anak perempuannya
itu.
“ Minggu depan!”
Semua mata kini tertumpu pada wajah poyo Megat Andrian.
Dia tersengih – sengih bagaikan orang tidak bersalah sahaja. Maya
Ellisa mengerutkan dahinya, tanda tidak berapa setuju dengan cadangan
tidak masuk akal bakal suaminya itu.
Minggu depan?! Sudah gilakah lelaki itu?! Bagaimana
pula dengan segala persiapan hantaran? Majlis pula bagaimana?! Hiasan
lagi?! Jemputan?! Ayoyo kadawale....
“ Abang gilakah?!!” kata Puteri Intan Hawani yang
jelas sungguh riak wajah terperanjatnya.
“ Helo my little sis..... abang awak tu, dah lama
plan benda ni. Semua benda dah settle. Yang kena buat sekarang
ialah.... dapatkan persetujuan puteri abang awak tu...” jawab Megat
Adam selamba.
Mulut semua yang berada di situ sudah terlopong. Masing
– masing seperti lupa bahawa mereka kini sedang berada di dalam
kapal terbang yang sedang meluncur laju tanpa hala tujunya.
“ Yang dia dah dapat... sampai hati abang tak bagitau
dekat Wani. Tak mau gengla macam ni...” kata Puteri Intan Hawani
dengan muncung sedepanya.
“ Sebab.... mulut Wani tu, macam tempayan! Kalau
bagitau dekat Wani, tak jadi surprise la...” Megat Adam sudah
melepaskan tawanya yang kuat.
“ Boleh tak kalau kita turun dari plane ni dulu?
Lepastu barulah boleh bincang pasal... errr... kena bincang lagikah
atau.... semua dah selesai?” Maya Ellisa bersuara menyatakan
kebingungannya.
“ Dah settle Maya... cuma nanti Maya pilihla warna
tema untuk wedding kita nanti. Abang dah settle semua dengan wedding
planner. Okay?” tanpa disedari, Megat Andrian telah membahasakan
dirinya sebagai abang.
Err... kau awal sangatlah Haikal! Kau tak rasa ke yang
Maya tu 'terkezoot' dengan perubahan mendadak ni?!
“ Umm... err.... aaa....” lidahnya berasa kelu
untuk berbicara. Mungkin terlalu terkejut dengan perubahan mendadak
pada Megat Andrian itu.
“ Sorry! Sorryyyy..... sebab tak plan sekali dengan
Maya dulu tapi...”
“ Kau tak sabar nak kahwin dengan Maya!” celah
Megat Adam. Kata – katanya itu menyebabkan muka Megat Andrian dan
Maya Ellisa berubah menjadi merah.
“ Aaaa.... errr.....” Maya Ellisa masih tidak dapat
menghabiskan ayatnya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memanggil
Megat Andrian selepas ini.
“ Abang?? hahahahahahaha..........” Megat Adam pula
masih dengan ketawa tahap king kongnya itu. Datin Suraya dan Datin
Munirah hanya tersenyum manis.
“ Abang?? eeeiiiii..... tak sabar sangat la tu!”
Puteri Intan Hawani mengusik Megat Andrian. Kata – katanya itu
mengundang tawa Maria Erina. Maya Ellisa menjeling tajam kakaknya
itu.
“ Dah.. dah.. kesian pulak mama tengok Rian. Pergi
daratkan kapal terbang ni cepat. Takkan kita nak duduk terus kat
udara ni?” Datin Suraya mendaratkan pandanganya pada Megat Andrian.
“ Okey mama....”
Megat Andrian memasuki ruang kokpit. Sebelum itu,
sempat lagi dia berpesan kepada mereka untuk memakai tali pinggang
keselamatan dan bersedia untuk pendaratan nanti.
“ Ehem.. ehem....” Maria Erina berdehem kepada Maya
Ellisa, tetapi dia seperti tidak mengerti isyarat yang sedang
diberikan Datin Suraya itu.
“ Hisy kau ni... kau saja buat – buat tak paham ke
apa?”
“ Kenapa ni along?” tanya Maya Ellisa dengan seribu
kerutn di dahi licinnya.
“ Pergi ikutlah laki kau tu, takkan yang tu pun along
nak ajar kut?”
Seperti burung belatuk, Maya Ellisa hanya mengangguk
dan membuka langkahnya menuju ke ruang kokpit pesawat airbus itu.
Maya Ellisa berdehem sekali dua untuk menyedarkan Megat
Andrian akan kelibatnya di situ. Serta – merta Megat Andrian
menghalakan pandangannya kepada Maya Ellisa dan mengisyaratkannya
untuk duduk di kerusi sebelahnya.
“ Maya... abang tahu mungkin Maya terkejut dengan
semua ni, but... let me explain...” nafasnya ditarik dalam.
“ Maya ingat tak waktu kita tingkatan lima dulu, Maya
ada mintak something dengan abang?”
“ Err... tak...” jawabnya sedikit teragak – agak.
“ Maya cakap, Maya nak abang lamar Maya dekat ruang
udara. Ingat tak? Masa tu memang abang rasa tak mungkin akan berlaku
tapi, hari ni abang berjaya tunaikan permintaan Maya tu.” Megat
Andrian tersenyum menyerlahkan barisan giginya yang putih bersih.
“ Kenapa aaa.... abbb.... abaaang sanggup layan
permintaan tak masuk akal Maya tu?” dia masih agak kekok untuk
membahasakan diri Megat Andrian sebagai abang kerana sepanjang
sepuluh tahun mengenalinya, tidak pernah sekali pun dia memanggil
lelaki itu dengan panggilan abang.
“ Mana ada tak masuk akal? Kan dah masuk akal
sekarang? That's it, abang lamar Maya dekat udara!”
“ So... airbus ni....”
“ Hadiah dari papa untuk wedding kita.”
“ Oh... uncle Riz memang tahu la, yang abang rancang
semua ni dari awal lagi?” Maya Ellisa membetulkan duduknya supaya
menghadap Megat Andrian.
“ Call him papa, sayang. And yes, papa memang
tahu...”
“ Oh....”
“ Maya tahu tak? Dah lama abang impikan supaya Maya
dapat jadi isteri abang, dan minggu depan, insyaAllah, impian abang
tu akan tertunai. Kalau boleh... memang abang nak kahwin dengan Maya
sekarang jugak!”
“ Gelojoh!!”
“ Dengan awak aje sayang....”
Setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya bersatu juga
dua jiwa ini. InsyaAllah, moga – moga ikatan ini akan berkekalan.
Amin!
Besttttnyeeee!!! Good job kak writter ;D
ReplyDeletebest sngat2... smbng lgi ya..
ReplyDeletetq cik penulis... eeee best sgt sgt sgt... untung maya...:)
ReplyDelete