My Cute Buddies!

Tuesday 20 November 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 11



BAB 11

“ Euwww....” Megat Andrian menutup hidungnya apabila sampai ke bahagian makanan laut di Tesco.

Maya hanya menayangkan riak wajah tidak bersalah kerana memaksa suaminya turut ikut sama ke pasar. Ops! Bukan secara paksaan ye, tetapi lelaki itu sendiri yang menawarkan dirinya.

“ Nah!” hulur Maya. Di tangannya ada ikan siakap mentah.

“ Nak buat apa tu?” soal Megat Andrian bodoh.

“ Abang... tolong masukkan dalam plastik boleh ek?” suaranya sengaja dimanjakan kerana Maya tahu betapa gelinya Megat Andrian dengan benda – benda seperti itu. Cukup alah! Nampak aje maco, tapi penakut jugak di dalamnya!

“ Sayang letak la... I gelilah...” Megat Andrian menjauhkan sedikit tubuhnya.

“ Fine! Lepas ni, jangan ikut Maya dah!” Maya beredar dari situ dengan segera dan membiarkan Megat Andrian terkulat di situ. Ikan siakap yang diambilnya tadi langsung tidak dihiraukan langsung. Kononnya merajuk dengan suami!

Tiba – tiba Maya terasa bahunya dicuit. Siapa pula yang berani mencuit dirinya itu? Tidak tahukah bahawa dia adalah isteri orang?! Karang angin satu badan si Haikal tu baru tahu!

Maya mengurut dadanya akibat rasa terkejut. Manakan tidak terkejut? Palingkan tubuh sahaja sudah dihidangkan dengan pemandangan ikan siakap yang sudah berada dalam plastik, siap dengan tanda harganya. Ingatkan ikan itu yang mencuitnya tadi.... buat haru aje!

“ Jangan tinggalkan abang macam tu lagi.”

“ Thank you sayang.... I won't”

“ That's an order, bukan pujukan. Ingat, abang ada kuasa!” Megat Andrian sanggup mencemar duli dengan menyentuh ikan yang sangat menggelikan itu buat kali pertama dalam hidupnya. Mesti masuk Facebook ni!

“ Hmmm.... jom!” Maya menarik tangan Megat Andrian ke bahagian yang seterusnya pula.

Di hujung sana, seorang perempuan berbaju baby - t dipadankan dengan skirt sendat sudah tersenyum – senyum ke arahnya. Gilakah?! Senyum sorang – sorang. Entah – entah...

“ Hai!” sapa perempuan itu mesra lalu mendepakan tangannya ke arah Megat Andrian yang sedang sibuk membelek bungkusan biskut.

Hampir – hampir sahaja dia memeluk Megat Andrian jikalau bukan lelaki itu yang mengelak. Mahunya tidak mengelak, sudah tentu dibuang negeri oleh bini yang tengah jeling kat sebelah tu!

“ Sorry Min! Wife I ada kat sebelah tu...” tunjuk Megat Andrian kepada Maya.

“ Oooops!”

Perempuan yang dipanggil Min itu pula memeluk Maya dengan erat. Maya sudah terpinga – pinga dengan tindakan di luar jangka perempuan itu. Nak peluk laki tak dapat, peluk bini pun jadikah?

' Kalau aku tak dak tadi, mesti Haikal tengah syok kena peluk dengan perempuan tadi tu! Girlfriend lama Haikal ke? Eh... mana boleh... aku kan girlfriend pertama dia? Mungkin Haikal ada skandal dengan....'

“ So? What do you think?” tanya Megat Andrian.

“ She's gorgeous! Nampak macam orang Arab pun ada! Maya, you ni ada kacukan darah Arab ye?”

Melihatkan wajah bingung isterinya itu, Megat Andrian berasa kasihan pula.

“ Maya, this is Jasmine, pramugari dekat syarikat papa. Hari tu dia tak dapat datang ke wedding kita sebab bertugas.”

Ooohh... patutlah cantik aje dia ni. Pramugari rupanya!

“ Very nice to meet you Dr. Maya. Sorrylah I tak dapat datang wedding korang hari tu! Apa pun, blame Datuk! Datuk yang tak bagi I cuti tau, sampaikan wedding anak dia yang handsome pun I tak dapat pergi!”

“ Min... nanti I report dekat papa!”

Suka – suka hati minah ni aje nak cakap laki orang handsome! Bini yang ada kat sebelah tu tengah berasap dah! Tunggu masa nak meletop aje!

“ Hmm... you report, I tak nak geng dengan you! Okeylah... nak gerak dah ni, Niall tengah tunggu I kat kaunter tu. Bye, Andrian, Maya!” lambai Jasmine lalu berlalu pergi.

Megat Andrian yang perasankan perubahan riak wajah Maya itu bertindak dengan merangkul pinggang rampingnya itu.

“ Kenapa ni?”

“ Tak ada apalah... cepat sikit, nanti lewat pulak nak siapkan dinner nanti.”

<<<<<>>>>>

Maya yang sedang menggoreng ikan sedar dirinya diperhatikan. Namun dia buat tidak tahu sahaja akan renungan itu. Dia akui bahawa dia sedikit cemburu melihatkan Jasmine yang mesra tidak kena tempat dengan suaminya tadi.

' Bukan cemburu sikit, tapi banyak!' jerit hatinya.

Megat Andrian tersenyum nakal. Memang dia seronok melihat isterinya itu cemburu dengan tindakan Jasmine tadi. Sepanjang perjalanan pulang ke penthouse tadi pun, Maya hanya mendiamkan dirinya dan apabila ditanya, sepatah pula yang dijawab.

“ Sayang.... marah ke?” pinggang Maya dirangkul.

“ Tak... tepi sikit, nanti terkena minyak pulak. Abang duduk depanlah dulu, nak siap dah pun...” katanya perlahan.

Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, Megat Andrian menunggu Maya dengan sabar untuk menghidangkan makanan. Comel sahaja isterinya itu apabila merajuk. Semakin melebar senyumannya apabila teringatkan Maya yang kelihatan sangat seksi dalam baju tidur pemberiannya yang dibeli di Milan, Itali.

Maya menghidangkan ikan siakap yang dimasak lemak cili api di meja makan. Nasi dicedokkan ke dalam pinggan Megat Andrian sebelum mencedokkan untuk dirinya pula.

Nasi yang ditelannya pun rasa tidak tertelan. Semuanya gara – gara drama swasta yang berlangsung sebentar tadi. Baru dia tahu bahawa rasa cemburu itu sungguh berbahaya dan menyakitkan. Akhirnya Maya membuat keputusan untuk bertanya sahaja kepada suaminya itu.

“ Abang... betul ke Jasmine tu pramugari aje kat syarikat papa?”

“ Yup.”

“ Kenapa dia rapat saja dengan abang? Sampai nak peluk bagai....” suaranya cuba dikawal sehabis mungkin.

Bibir Megat Andrian menguntum senyum. “ Dia memang terlebih mesra alam sikit, itu yang sampai nak peluk abang tadi.”

“ Abang pernah peluk perempuan lain tak? I mean, selain dari Maya?”

“ Pernah”

Jawapan yang diberikan Megat Andrian itu betul – betul menyentap hatinya. Sampai hati!

“ Abang peluk mummy dengan Wani sebelum Maya.” tawanya sedaya upaya ditahan agar tidak dilepaskan di hadapan isteri tercintanya ini.

Maya menampar tangan Megat Andrian. Time orang tengah serius, dia boleh pulak buat lawak antarabangsa! Megat Andrian yang sedang menyeringai kesakitan itu pun tidak dihiraukan.

Lega Maya mendengar kata – kata itu dari bibir seksi Megat Andrian. Barulah selera makannya pun meningkat dengan mendadak. Macam orang tak makan seribu hari pun ada!

“ Maya cemburu kan?”

“ Mana ada...” nafi Maya.

“ Hisy! Tak nak mengaku budak ni! Siap nanti teruk abang kerjakan!”

“ Tak takut pun....”

“ Betul?”

“ Siapa cepat, dia yang menang!” sepantas kilat Maya berlari untuk membasuh tangannya dan terus berlari ke bilik mereka. Seronok juga kadang – kadang mempermainkan suami sendiri!

Matanya membulat apabila melihat Megat Andrian sedang elok bersantai di atas katil tanpa baju. Megat Andrian menjongketkan keningnya tanda kemenangan berpihak padanya.

Sebenarnya, Megat Andrian terlebih dahulu naik ke bilik mereka ketika Maya di dapur lagi. Tangannya pula dibasuh di dalam bilik air sahaja. Sengaja dia mempamerkan riak wajah selamba bagi memantapkan kemenangannya lagi.

“ Macam mana abang sampai....”

“ Haaa.... itu rahsia seorang pilot. Tak boleh bagitau!”

“ Nak tahuuuuu.....” Maya sengaja mengetuk kakinya ke lantai yang dilapik dengan permaidani tebal itu.

“ Nak tahu? Mari sini sebelah abang...” Megat Andrian menepuk lembut tempat tidur di sebelahnya. Maya hanya ikut sahaja arahan Megat Andrian itu.

“ Rahsia dia ialah.... abang terbang!” lembut Megat Andrian berbisik di telinga Maya. Rambut panjang Maya dielus lembut.

“ Janganlah tipu.... tak nak kawan!”

“ Tak ada rahsia pun... abang aje yang naik lagi awal dari sayang. Sayang yang tak perasan abang naik tadi... now...” romantis suara Megat Andrian menyapa gegendang telinga Maya. Suara yang mampu membuai perasaan mana – mana wanita pun yang mendengarnya.

“ Now what?”

“ Tak ada mummy, tak ada Wani, tak ada daddy,.... tak ada semua orang! I love you Maya, tak pernah kurang sesaat pun sejak abang kenal Maya...”

“ I love you too abang....” Maya pun tenggelam dalam lautan kasih Megat Andrian yang tiada penghujungnya. Moga – moga berkekalan. Amin.

<<<<<>>>>>

Ting tong! Ting tong!

Bunyi loceng bertalu – talu itu mengejutkan Maya daripada tidurnya yang cukup lena semalam. Megat Andrian yang sedang memeluknya itu masih tidak sedar.

Siapa pula yang nak datang pagi – pagi buta ni? Jam di sisi katil dipandang. Sepuluh pagi! Astaghfirullahalazim!!! Solat subuh sudah terlepas dan kini, siapa pula yang datang?! Ini bukan pagi buta Maya oiii, sekarang dah pagi bergajah! Kejukanlah suami tersayang awak tu!!

“ Abang!!!”

“ Hmm...” Megat Andrian mengemaskan pelukannya. Maya meronta minta dilepaskan. Ada orang datanglah abang sayang!

“ Ada orang datang la abaaaangg!!!!”

Terus matanya terbuka luas. Megat Andrian hanya tersengih. Maya sudah kalut untuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

“ Abang pergi buka pintulah! Jangan sengih aje dekat situ. Maya nak mandi!” pesan Maya.

“ Okey sayang....”

“ Abang! Pakai baju dululah!!!” sedikit terjerit suaranya memberi amaran kepada Megat Andrian yang separuh mamai itu.

Siapa pulak yang datang ni? Kacau daun betullah! Nasib baik sempat bangun, jika tidak, sampai king kong datang pun tidak akan bangun dua budak bertuah itu!

4 comments:

  1. best gila la..
    klau boleh konflik dia jganlah jhat sngat..
    nvl ni hbis dkt blog ka atau bakal ada dkt pasaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u!
      hmm.... sye igt nak habiskan dekat blog aje. tpi kalau ada rezeki, insyaallah akan dibukukan. :-D

      Delete
    2. ok2... tapi kalau boleh hbis dkt blog lah.. hehe
      sbb x sabar nak tau ending dia.. hehe

      Delete

surat layang untukku:-)