BAB 11
“ Euwww....” Megat Andrian menutup hidungnya
apabila sampai ke bahagian makanan laut di Tesco.
Maya hanya menayangkan riak wajah tidak bersalah kerana
memaksa suaminya turut ikut sama ke pasar. Ops! Bukan secara paksaan
ye, tetapi lelaki itu sendiri yang menawarkan dirinya.
“ Nah!” hulur Maya. Di tangannya ada ikan siakap
mentah.
“ Nak buat apa tu?” soal Megat Andrian bodoh.
“ Abang... tolong masukkan dalam plastik boleh ek?”
suaranya sengaja dimanjakan kerana Maya tahu betapa gelinya Megat
Andrian dengan benda – benda seperti itu. Cukup alah! Nampak aje
maco, tapi penakut jugak di dalamnya!
“ Sayang letak la... I gelilah...” Megat Andrian
menjauhkan sedikit tubuhnya.
“ Fine! Lepas ni, jangan ikut Maya dah!” Maya
beredar dari situ dengan segera dan membiarkan Megat Andrian terkulat
di situ. Ikan siakap yang diambilnya tadi langsung tidak dihiraukan
langsung. Kononnya merajuk dengan suami!
Tiba – tiba Maya terasa bahunya dicuit. Siapa pula
yang berani mencuit dirinya itu? Tidak tahukah bahawa dia adalah
isteri orang?! Karang angin satu badan si Haikal tu baru tahu!
Maya mengurut dadanya akibat rasa terkejut. Manakan
tidak terkejut? Palingkan tubuh sahaja sudah dihidangkan dengan
pemandangan ikan siakap yang sudah berada dalam plastik, siap dengan
tanda harganya. Ingatkan ikan itu yang mencuitnya tadi.... buat haru
aje!
“ Jangan tinggalkan abang macam tu lagi.”
“ Thank you sayang.... I won't”
“ That's an order, bukan pujukan. Ingat, abang ada
kuasa!” Megat Andrian sanggup mencemar duli dengan menyentuh ikan
yang sangat menggelikan itu buat kali pertama dalam hidupnya. Mesti
masuk Facebook ni!
“ Hmmm.... jom!” Maya menarik tangan Megat Andrian
ke bahagian yang seterusnya pula.
Di hujung sana, seorang perempuan berbaju baby - t
dipadankan dengan skirt sendat sudah tersenyum – senyum ke arahnya.
Gilakah?! Senyum sorang – sorang. Entah – entah...
“ Hai!” sapa perempuan itu mesra lalu mendepakan
tangannya ke arah Megat Andrian yang sedang sibuk membelek bungkusan
biskut.
Hampir – hampir sahaja dia memeluk Megat Andrian
jikalau bukan lelaki itu yang mengelak. Mahunya tidak mengelak, sudah
tentu dibuang negeri oleh bini yang tengah jeling kat sebelah tu!
“ Sorry Min! Wife I ada kat sebelah tu...” tunjuk
Megat Andrian kepada Maya.
“ Oooops!”
Perempuan yang dipanggil Min itu pula memeluk Maya
dengan erat. Maya sudah terpinga – pinga dengan tindakan di luar
jangka perempuan itu. Nak peluk laki tak dapat, peluk bini pun
jadikah?
' Kalau aku tak dak tadi, mesti Haikal tengah syok kena
peluk dengan perempuan tadi tu! Girlfriend lama Haikal ke? Eh... mana
boleh... aku kan girlfriend pertama dia? Mungkin Haikal ada skandal
dengan....'
“ So? What do you think?” tanya Megat Andrian.
“ She's gorgeous! Nampak macam orang Arab pun ada!
Maya, you ni ada kacukan darah Arab ye?”
Melihatkan wajah bingung isterinya itu, Megat Andrian
berasa kasihan pula.
“ Maya, this is Jasmine, pramugari dekat syarikat
papa. Hari tu dia tak dapat datang ke wedding kita sebab bertugas.”
Ooohh... patutlah cantik aje dia ni. Pramugari rupanya!
“ Very nice to meet you Dr. Maya. Sorrylah I tak
dapat datang wedding korang hari tu! Apa pun, blame Datuk! Datuk yang
tak bagi I cuti tau, sampaikan wedding anak dia yang handsome pun I
tak dapat pergi!”
“ Min... nanti I report dekat papa!”
Suka – suka hati minah ni aje nak cakap laki orang
handsome! Bini yang ada kat sebelah tu tengah berasap dah! Tunggu
masa nak meletop aje!
“ Hmm... you report, I tak nak geng dengan you!
Okeylah... nak gerak dah ni, Niall tengah tunggu I kat kaunter tu.
Bye, Andrian, Maya!” lambai Jasmine lalu berlalu pergi.
Megat Andrian yang perasankan perubahan riak wajah Maya
itu bertindak dengan merangkul pinggang rampingnya itu.
“ Kenapa ni?”
“ Tak ada apalah... cepat sikit, nanti lewat pulak
nak siapkan dinner nanti.”
<<<<<>>>>>
Maya yang sedang menggoreng ikan sedar dirinya
diperhatikan. Namun dia buat tidak tahu sahaja akan renungan itu. Dia
akui bahawa dia sedikit cemburu melihatkan Jasmine yang mesra tidak
kena tempat dengan suaminya tadi.
' Bukan cemburu sikit, tapi banyak!' jerit hatinya.
Megat Andrian tersenyum nakal. Memang dia seronok
melihat isterinya itu cemburu dengan tindakan Jasmine tadi. Sepanjang
perjalanan pulang ke penthouse tadi pun, Maya hanya mendiamkan
dirinya dan apabila ditanya, sepatah pula yang dijawab.
“ Sayang.... marah ke?” pinggang Maya dirangkul.
“ Tak... tepi sikit, nanti terkena minyak pulak.
Abang duduk depanlah dulu, nak siap dah pun...” katanya perlahan.
Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, Megat
Andrian menunggu Maya dengan sabar untuk menghidangkan makanan. Comel
sahaja isterinya itu apabila merajuk. Semakin melebar senyumannya
apabila teringatkan Maya yang kelihatan sangat seksi dalam baju tidur
pemberiannya yang dibeli di Milan, Itali.
Maya menghidangkan ikan siakap yang dimasak lemak cili
api di meja makan. Nasi dicedokkan ke dalam pinggan Megat Andrian
sebelum mencedokkan untuk dirinya pula.
Nasi yang ditelannya pun rasa tidak tertelan. Semuanya
gara – gara drama swasta yang berlangsung sebentar tadi. Baru dia
tahu bahawa rasa cemburu itu sungguh berbahaya dan menyakitkan.
Akhirnya Maya membuat keputusan untuk bertanya sahaja kepada suaminya
itu.
“ Abang... betul ke Jasmine tu pramugari aje kat
syarikat papa?”
“ Yup.”
“ Kenapa dia rapat saja dengan abang? Sampai nak
peluk bagai....” suaranya cuba dikawal sehabis mungkin.
Bibir Megat Andrian menguntum senyum. “ Dia memang
terlebih mesra alam sikit, itu yang sampai nak peluk abang tadi.”
“ Abang pernah peluk perempuan lain tak? I mean,
selain dari Maya?”
“ Pernah”
Jawapan yang diberikan Megat Andrian itu betul –
betul menyentap hatinya. Sampai hati!
“ Abang peluk mummy dengan Wani sebelum Maya.”
tawanya sedaya upaya ditahan agar tidak dilepaskan di hadapan isteri
tercintanya ini.
Maya menampar tangan Megat Andrian. Time orang tengah
serius, dia boleh pulak buat lawak antarabangsa! Megat Andrian yang
sedang menyeringai kesakitan itu pun tidak dihiraukan.
Lega Maya mendengar kata – kata itu dari bibir seksi
Megat Andrian. Barulah selera makannya pun meningkat dengan mendadak.
Macam orang tak makan seribu hari pun ada!
“ Maya cemburu kan?”
“ Mana ada...” nafi Maya.
“ Hisy! Tak nak mengaku budak ni! Siap nanti teruk
abang kerjakan!”
“ Tak takut pun....”
“ Betul?”
“ Siapa cepat, dia yang menang!” sepantas kilat
Maya berlari untuk membasuh tangannya dan terus berlari ke bilik
mereka. Seronok juga kadang – kadang mempermainkan suami sendiri!
Matanya membulat apabila melihat Megat Andrian sedang
elok bersantai di atas katil tanpa baju. Megat Andrian menjongketkan
keningnya tanda kemenangan berpihak padanya.
Sebenarnya, Megat Andrian terlebih dahulu naik ke bilik
mereka ketika Maya di dapur lagi. Tangannya pula dibasuh di dalam
bilik air sahaja. Sengaja dia mempamerkan riak wajah selamba bagi
memantapkan kemenangannya lagi.
“ Macam mana abang sampai....”
“ Haaa.... itu rahsia seorang pilot. Tak boleh
bagitau!”
“ Nak tahuuuuu.....” Maya sengaja mengetuk kakinya
ke lantai yang dilapik dengan permaidani tebal itu.
“ Nak tahu? Mari sini sebelah abang...” Megat
Andrian menepuk lembut tempat tidur di sebelahnya. Maya hanya ikut
sahaja arahan Megat Andrian itu.
“ Rahsia dia ialah.... abang terbang!” lembut Megat
Andrian berbisik di telinga Maya. Rambut panjang Maya dielus lembut.
“ Janganlah tipu.... tak nak kawan!”
“ Tak ada rahsia pun... abang aje yang naik lagi awal
dari sayang. Sayang yang tak perasan abang naik tadi... now...”
romantis suara Megat Andrian menyapa gegendang telinga Maya. Suara
yang mampu membuai perasaan mana – mana wanita pun yang
mendengarnya.
“ Now what?”
“ Tak ada mummy, tak ada Wani, tak ada daddy,.... tak
ada semua orang! I love you Maya, tak pernah kurang sesaat pun sejak
abang kenal Maya...”
“ I love you too abang....” Maya pun tenggelam
dalam lautan kasih Megat Andrian yang tiada penghujungnya. Moga –
moga berkekalan. Amin.
<<<<<>>>>>
Ting tong! Ting tong!
Bunyi loceng bertalu – talu itu mengejutkan Maya
daripada tidurnya yang cukup lena semalam. Megat Andrian yang sedang
memeluknya itu masih tidak sedar.
Siapa pula yang nak datang pagi – pagi buta ni? Jam
di sisi katil dipandang. Sepuluh pagi! Astaghfirullahalazim!!! Solat
subuh sudah terlepas dan kini, siapa pula yang datang?! Ini bukan
pagi buta Maya oiii, sekarang dah pagi bergajah! Kejukanlah suami
tersayang awak tu!!
“ Abang!!!”
“ Hmm...” Megat Andrian mengemaskan pelukannya.
Maya meronta minta dilepaskan. Ada orang datanglah abang sayang!
“ Ada orang datang la abaaaangg!!!!”
Terus matanya terbuka luas. Megat Andrian hanya
tersengih. Maya sudah kalut untuk ke bilik air untuk membersihkan
dirinya.
“ Abang pergi buka pintulah! Jangan sengih aje dekat
situ. Maya nak mandi!” pesan Maya.
“ Okey sayang....”
“ Abang! Pakai baju dululah!!!” sedikit terjerit
suaranya memberi amaran kepada Megat Andrian yang separuh mamai itu.
Siapa pulak yang datang ni? Kacau daun betullah! Nasib
baik sempat bangun, jika tidak, sampai king kong datang pun tidak
akan bangun dua budak bertuah itu!
best gila la..
ReplyDeleteklau boleh konflik dia jganlah jhat sngat..
nvl ni hbis dkt blog ka atau bakal ada dkt pasaran?
thank u!
Deletehmm.... sye igt nak habiskan dekat blog aje. tpi kalau ada rezeki, insyaallah akan dibukukan. :-D
ok2... tapi kalau boleh hbis dkt blog lah.. hehe
Deletesbb x sabar nak tau ending dia.. hehe
Best.... #^_^
ReplyDelete