BAB 18
Megat Andrian tidak dapat melelapkan matanya. Bunyi
guruh yang berdentan-dentum itu menakutkannya. Telinganya cuba
ditekap dengan kemas menggunakan tangannya. Tetapi tidak berjaya.
BUUMMM!!!!!
Entah kenapa bunyi itu sungguh menakutkannya. Ah, dia
tidak kira! Kena tidur berteman jugak malam ni!
Tetapi..... dengan siapa? Takkanlah nak suruh hantu
Doraemon tidur dengan kau Andrian? Hisy.....
“ Hmm.... apa gunanya ada bini? Hehe....” Megat
Andrian tersenyum senang mengenangkan Maya yang sedang tidur di bilik
berasingan itu.
Langkahnya diatur perlahan bagaikan James Bond
mengendap mangsanya. Dahinya ditepuk apabila dia sudah berada di
hadapan pintu bilik Maya.
“ Gila ke aku??? Ayoyo Ammaaa.....” Megat Andrian
teragak – agak untuk mengetuk pintu bilik Maya. Malu beb!
Nak cakap apa? Takkan nak cakap, 'aku takut bunyi
guruh, aku nak tidur dengan kau?'.
Dalam keasyikannya berdiskusi dengan otaknya, tiba-tiba
pintu itu dikuak dari arah dalam. Terjengul wajah Maya dengan mata
separuh tertutup sambil memegang bantal busuknya. Tanpa sebarang
amaran, tubuh sasa Megat Andrian dipeluk erat oleh Maya.
Megat Andrian mengerutkan dahinya apabila dadanya itu
terasa basah. Dilihatnya Maya sedang menangis teresak-esak. Kasihan
pula dia melihat wanita itu.
“ Shhh.... shhh... sayang.... abang kan ada?” Megat
Andrian menggosok perlahan belakang Maya. Langsung dia tidak
menyedari bahawa dia telah menggunakan panggilan 'abang' itu.
“ Abang jangan tinggalkan Maya lagi, please..... Maya
takut..... Maya nak abang..... huwaaa...” semakin kuat tangisan
Maya. Megat Andrian pula sudah menggelabah.
'Takkanlah sebab takut boleh menangis macam ni? Mungkin
penyakit perempuan mengandung kot....'bisik Megat Andrian.
“ Dah sayang... jangan nangis okey... Abang kan ada?
Dah. Jom kita tidur dalam bilik abang. Tengok tu, baby daddy pun dan
mengantuk. Mummy tak kesiankan baby yang sleepy tu ke? Hmm?”
tanyanya dengan suara maco gaya lelaki Melayu terakhir.
Kepalanya dianggukkan. Tangannya didepakan ke arah
Megat Andrian bagaikan anak kecil diminta untuk didukungkan. Megat
Andrian masih tidak faham isyarat nak ditunjukkan oleh Maya itu lalu
mengangkat keningnya bagaikan meminta penjelasan.
“ Nak dukung......” rengek Maya manja. Megat
Andrian hanya tersenyum. Rajin pula dia malam ini melayan kerenah
Maya.
Tanpa berlengah, tubuh kecil Maya yang sedikit tembam
itu dikendongnya menuju ke bilik utama.
Hisy... boleh tahan berat bini aku ni! Nampak aje badan
kecik, tapi berat? Waallahualam.
Tubuh kecil itu diletakkan perlahan di atas katil.
Lampu tidur dipasang dan lampu bilik ditutup. Megat Andrian
merebahkan tubuhnya di sebelah Maya. Wajah mulus itu direnung.
Kenapa aku selalu rasa macam aku kenal kau? Muka
kau.... tak mungkin aku boleh tak ingat muka yang cantik macam ni.
Aku janji aku akan bagi peluang pada kau Maya.... aku tahu kau
terseksa bila aku......
Megat Andrian tidak dapat menghabiskan ayatnya. Rasa
simpatinya melimpah ruah pada wanita yang mungkin sedang
mengandungkan anaknya itu.
Dahi isterinya itu dikucup dan pipi mulus itu diusap
perlahan.
Akhirnya Maya tidur dalam kehangatan dakapan suaminya
itu setelah sekian lama mendambakan kasih sayang lelaki itu.
pendek tapi best..... #^_^
ReplyDeletesedih, semua ada lah.. smbng lgi ♥
ReplyDeletetq cik penulis... cik penulis nak bgtau ni lagu tu kumpulan backstreet boy yg nyanyi kan?..
ReplyDeleteapa dh jdi ngn papa adrian... please smbung... tgh bestt ni...
ReplyDeleteSambunglah cepat akak curious sgt dah ni
ReplyDeleteCepatlah sambung dik dah lame akak tggu
ReplyDeleteCepatlah sambung ya tq.
ReplyDeletebile nak sambung lagi??????
ReplyDeleteAssalamualaikum nak tahu bila nak sambung cerita nie. Lama dah tunggu almost a year. Peminat anda dari cold winter Land Zurich Switzerland
ReplyDeletePlease sambung :(
ReplyDeleteBila nak sambung?
ReplyDelete