My Cute Buddies!

Sunday 27 January 2013

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 18


BAB 18

Megat Andrian tidak dapat melelapkan matanya. Bunyi guruh yang berdentan-dentum itu menakutkannya. Telinganya cuba ditekap dengan kemas menggunakan tangannya. Tetapi tidak berjaya.

BUUMMM!!!!!

Entah kenapa bunyi itu sungguh menakutkannya. Ah, dia tidak kira! Kena tidur berteman jugak malam ni!

Tetapi..... dengan siapa? Takkanlah nak suruh hantu Doraemon tidur dengan kau Andrian? Hisy.....

“ Hmm.... apa gunanya ada bini? Hehe....” Megat Andrian tersenyum senang mengenangkan Maya yang sedang tidur di bilik berasingan itu.

Langkahnya diatur perlahan bagaikan James Bond mengendap mangsanya. Dahinya ditepuk apabila dia sudah berada di hadapan pintu bilik Maya.

“ Gila ke aku??? Ayoyo Ammaaa.....” Megat Andrian teragak – agak untuk mengetuk pintu bilik Maya. Malu beb!

Nak cakap apa? Takkan nak cakap, 'aku takut bunyi guruh, aku nak tidur dengan kau?'.

Dalam keasyikannya berdiskusi dengan otaknya, tiba-tiba pintu itu dikuak dari arah dalam. Terjengul wajah Maya dengan mata separuh tertutup sambil memegang bantal busuknya. Tanpa sebarang amaran, tubuh sasa Megat Andrian dipeluk erat oleh Maya.

Megat Andrian mengerutkan dahinya apabila dadanya itu terasa basah. Dilihatnya Maya sedang menangis teresak-esak. Kasihan pula dia melihat wanita itu.

“ Shhh.... shhh... sayang.... abang kan ada?” Megat Andrian menggosok perlahan belakang Maya. Langsung dia tidak menyedari bahawa dia telah menggunakan panggilan 'abang' itu.

“ Abang jangan tinggalkan Maya lagi, please..... Maya takut..... Maya nak abang..... huwaaa...” semakin kuat tangisan Maya. Megat Andrian pula sudah menggelabah.

'Takkanlah sebab takut boleh menangis macam ni? Mungkin penyakit perempuan mengandung kot....'bisik Megat Andrian.

“ Dah sayang... jangan nangis okey... Abang kan ada? Dah. Jom kita tidur dalam bilik abang. Tengok tu, baby daddy pun dan mengantuk. Mummy tak kesiankan baby yang sleepy tu ke? Hmm?” tanyanya dengan suara maco gaya lelaki Melayu terakhir.

Kepalanya dianggukkan. Tangannya didepakan ke arah Megat Andrian bagaikan anak kecil diminta untuk didukungkan. Megat Andrian masih tidak faham isyarat nak ditunjukkan oleh Maya itu lalu mengangkat keningnya bagaikan meminta penjelasan.

“ Nak dukung......” rengek Maya manja. Megat Andrian hanya tersenyum. Rajin pula dia malam ini melayan kerenah Maya.

Tanpa berlengah, tubuh kecil Maya yang sedikit tembam itu dikendongnya menuju ke bilik utama.

Hisy... boleh tahan berat bini aku ni! Nampak aje badan kecik, tapi berat? Waallahualam.

Tubuh kecil itu diletakkan perlahan di atas katil. Lampu tidur dipasang dan lampu bilik ditutup. Megat Andrian merebahkan tubuhnya di sebelah Maya. Wajah mulus itu direnung.

Kenapa aku selalu rasa macam aku kenal kau? Muka kau.... tak mungkin aku boleh tak ingat muka yang cantik macam ni. Aku janji aku akan bagi peluang pada kau Maya.... aku tahu kau terseksa bila aku......

Megat Andrian tidak dapat menghabiskan ayatnya. Rasa simpatinya melimpah ruah pada wanita yang mungkin sedang mengandungkan anaknya itu.

Dahi isterinya itu dikucup dan pipi mulus itu diusap perlahan.

Akhirnya Maya tidur dalam kehangatan dakapan suaminya itu setelah sekian lama mendambakan kasih sayang lelaki itu.


11 comments:

  1. sedih, semua ada lah.. smbng lgi ♥

    ReplyDelete
  2. tq cik penulis... cik penulis nak bgtau ni lagu tu kumpulan backstreet boy yg nyanyi kan?..

    ReplyDelete
  3. apa dh jdi ngn papa adrian... please smbung... tgh bestt ni...

    ReplyDelete
  4. Sambunglah cepat akak curious sgt dah ni

    ReplyDelete
  5. Cepatlah sambung dik dah lame akak tggu

    ReplyDelete
  6. bile nak sambung lagi??????

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum nak tahu bila nak sambung cerita nie. Lama dah tunggu almost a year. Peminat anda dari cold winter Land Zurich Switzerland

    ReplyDelete
  8. Please sambung :(

    ReplyDelete
  9. Bila nak sambung?

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)