My Cute Buddies!

Thursday, 20 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 15


BAB 15

Wajah cemberut anak keduanya itu dipandang sekilas sebelum menyambung suapannya. Datin Suraya sungguh bersimpati terhadap menantunya itu yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam keadaannya yang berbadan dua itu.

“ Andrian? Kau okey tak nanti papa dengan mama nak stay sini untuk malam ni?” Datuk Megat Amriz memulakan bicaranya.

“ Hah?!” matanya sudah mencerlung mendengar butir bicara Datuk Megat Amriz itu.

“ Kenapa terkejut sampai macam ni? Kau tak suka ke?”

“ Err....” Megat Andrian teragak – agak untuk menjawab. Sempat lagi matanya menjeling Maya dihadapannya.

“ Tak kisahla. Kau suka atau tak, papa tetap akan duduk sini jugak.....” sengih Datuk Megat Amriz. Bukan dia tidak perasankan perubahan riak wajah anaknya sebentar tadi.

Huh... baik tak payah tanya aku! Ni semua sebab menantu kesayangan papa tu la! Entah apa yang papa dengan mama nampak pada dia pun aku tak tau!

Maya mengurut tekaknya yang terasa agak mual. Nasi berlaukkan gulai ayam itu berbau sungguh tengik di hidungnya.

Datin Suraya menjatuhkan pandangannya pada menantu yang amat dikasihinya itu.

“ Maya sayang.... sayang okey ke?”

Dalam hati Megat Andrian, dia sudah menyumpah seranah Maya yang dianggap terlalu dimanjakan oleh mama dan papanya itu.

Maya hanya mengangguk lemah. Akhirnya dia berlari sepantas kilat ke tandas apabila rasa mualnya itu tidak dapat ditahan lagi.

“ Andrian?! Kamu tengok apa lagi? Pergilah! Bini tengah mengandung, boleh pulak dia buat tak tahu!” tegur Datin Suraya apabila melihat Megat Andrian yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

Megat Andrian mendengus kasar.

Dengan hati yang sebal, dia melangkah ke bilik air kerana tidak ingin mendengar bebelan mama tersayangnya itu. Kelihatan Maya masih tertunduk-tunduk di singki memuntahkan isi perutnya. Dari belakang, dia menjelirkan lidahnya kepada Maya.

Maya hanya tersenyum melihat gelagat keanak-anakan suami tersayangnya itu. Rasa ingin ketawa pun ada.

“ Seronok la kau... gelakkan aku sebab mama marah aku kan? Huh!”

“ Mana ada! Abang la.... buat lawak time siang hari macam ni!”

“ Aku tengah marah.... kau boleh cakap aku buat lawak? Kau.....”

Kata – katanya terus terhenti apabila melihat Maya kembali memuntahkan isi perutnya yang kosong. Kasihan pula dia melihat wanita itu. Sejahat mana pun dia, dia tetap mempunyai sifat berperikemanusiaan.

Belakang Maya diusap perlahan. Maya agak tersentak dengan sentuhan suaminya itu. Entah ikhlas entahpun tidak. Dahinya berkerut sambil memandang Megat Andrian.

“ Errr.... kau okey? Kenapa ya, perempuan mengandung selalu macam ni? Teruk sangat....” Megat Andrian cuba menutup debaran di dada apabila matanya berlaga dengan mata Maya. Dia seperti pernah melihat pandangan mata yang redup itu namun tidak dapat pula dia mengingati kejadian itu.

Satu saat.... dua saat.... tiga saat... keadaan mereka masih begitu.

Maya melingkarkan tangannya di sekitar pinggang Megat Andrian yang hampir dengannya sehingga deruan nafas lelaki itu pun boleh didengarinya. Jarak wajahnya didekatkan lagi dengan wajah bersih Megat Andrian itu. Degupan jantung kedua – duanya sudah memainkan irama 'rock'.

Megat Andrian semakin hanyut dengan tindakan berani mati Maya itu. Selamba bibir isterinya itu bertaut dengan bibirnya. Lama. Dia seakan-akan lupa akan segala kata-kata caciannya terhadap Maya tempoh hari. Dirinya seperti sudah dapat menerima wanita itu dalam hidupnya.

Maya terasa seakan-akan hendak menangis sahaja waktu itu. Megat Andrian Haikal yang berada di hadapannya ini seakan-akan Megat Andrian Haikal yang dikenalinya dulu. Seperti suaminya yang dulu.

“ Maya, kenapa lama sangat......” terhenti kata-kata Datin Suraya melihat 'aksi' anak dan menantunya.

Seperti terkena kejutan elektrik, Megat Andrian menjauhkan dirinya daripada Maya. Merona merah wajah kedua-dua budak bertuah itu. Dengan wajah yang bengang, Megat Andrian terus berlalu dari situ dari terus menghadap mamanya. Malu!

Apa yang kau dah buat Andrian? Kata tak nak terima dia sebagai isteri kau, tapi? Baru beberapa hari saja kau dah tumbang! Tumbang pada bini kau sendiri!

Tak! Dia yang goda aku! Aku hanya lelaki biasa yang mempunyai nafsu. Aku tahu dia sengaja ambil kesempatan tadi. Mentang-mentanglah mama dengan papa ada. Dia memang cantik, tapi......

Tapi apa Andrian? Apa yang kau tunggu? Emas dah ada depan mata? Takkan kau tak nak rebut? Eleh.... kalau dia yang goda kau pun, kenapa kau bagi respons yang positif? Mungkinkah kau dah jatuh.......

Megat Andrian menggelengkan kepalanya. Lama juga dia berdiskusi dengan benaknya itu. Datuk Megat Amriz yang sedang memerhatikan anaknya itu hanya memandang dengan kerutan di dahi. Pelik dengan kelakuan anaknya.

“ Kenapa dengan kau tu? Tiba- tiba aje nak geleng kepala...”

“ Nothing papa....” balas Megat Andrian lemah.

“ Papa nak pesan sikit Rian.... kau tu lelaki. Dan sebagai suami, kau kena jugak memahami perasaan bini kau tu. Janganlah kasar sangat dengan Maya tu.... lagipun, diakan mengandungkan anak kau...”

“ But.... Rian tak kasar pun? Dia tu aje yang mengada – ngada! Saja suka nak bangkitkan kemarahan Rian!” bentaknya kasar.

Datuk Megat Amriz menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka sebegini teruk perubahan tingkah anaknya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyembuhkan anaknya itu kecuali dengan hanya mengharap pada menantunya yang satu itu.

“ Orang mengandung ni, sensitif sikit. Okey... kalau Rian tak nak anggap Maya sebagai isteri, sebagai manusia pun, kau kena jaga perasaan dia. Anggap ajelah Maya tu macam adik Rian, bolehkan?”

Macam mana aku nak anggap dia sebagai adik aku? Siap kissing lagi. Dia macam bidadari, cantik, baik, perfect, tapi aku tak tahu kenapa susah sangat aku nak terima dia? Senang pulak aku rasakan waktu dating dengan Ria yang seksi tak bertempat tu!

“ Huh.....” satu keluhan berat dilepaskan. Permintaan papanya itu mustahil untuk dia lakukan. Terlalu mustahil. Terlalu banyak godaan. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

“ Argghhhh.....” tiba-tiba sakit kepalanya itu datang menyerang. Kepalanya dipegang. Peluh mula merecik di dahinya.

“ Andrian??? Andrian?!” panggil Datuk Megat Amriz.

Pandangan Megat Andrian makin berbalam – balam. Bayangan terakhir yang dilihatnya ialah wajah isterinya yang menerpa ke arahnya dengan wajah yang cukup menggambarkan kerisauannya itu.

<<<<<>>>>>

Megat Andrian membuka matanya yang terasa berat. Ruang sekeliling bilik itu diamatinya. Ya, itulah biliknya. Seingatnya tadi, dia 'ditangkap muat' dengan Maya oleh mamanya sebelum segalanya menjadi gelap.

Mungkin papa yang angkat aku. Takkanlah minah tu nak angkat aku dengan badan yang tak seberapa tu? Megat Andrian membuat andaian sendiri.

Maya yang baru sahaja keluar dari bilik air perasan bahawa Megat Andrian sudah sedar. Lelaki itu berasa sakit di kepala kerana tekanan yang dialami untuk mengingati sesuatu. Suntikan pun sudah diberikan memandangkan Megat Andrian tidak sedarkan diri sejak tadi.

“ Abang.... are you feeling better?” katanya sambil mendekati katil itu.

“ Hmm....”

“ Ada rasa pening – pening lagi tak?”

“ Tak.”

“ Sakit kepala?”

“ Tak.”

“ You'll be fine abang...” baru kini hatinya berasa lega dengan keadaan suaminya yang tidak begitu serius itu.

“ Yang kau berlagak macam doktor kenapa? Siap tanya banyak soalan pulak. Macam mak nenek betul...”

“ Abang lupa kot... Maya memang doktor la. Abang yang suruh Maya pencen sementara waktu kan? Hmm?”

Megat Andrian termalu sendiri dengan soalan tidak masuk dek akalnya itu. Memang dia lupa langsung bahawa dia yang menyuruh Maya duduk sahaja di rumah kerana berasa tercabar kerana dia tidak dibenarkan bertugas, mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Megat Amriz.

“ Aku nak tidur.” ucapnya lalu terus membelakangi Maya yang masih terpinga-pinga.

“ Err.... abang? Maya nak tidur sebelah ab... abang... bo...bol..boleh..?” tanya Maya sedikit gugup kerana bimbang akan reaksi yang akan diberikan oleh Megat Andrian.

Megat Andrian menghela nafasnya. Memandangkan perempuan ini sedang mengandung, dia mengangguk sahaja.
Maya tersenyum bahagia. Betapa rindunya dia setelah lama tidak tidur dengan suaminya itu. Maya bosan asyik kena tidur seorang diri.

Sejak beberapa hari ini juga, tidur Megat Andrian tidak lena. Kalau hendak dikatakan tiada bantal peluk, tidak pula. Terasa seperti kehilangan sesuatu. Bukan sesuatu, tetapi lebih kepada seseorang.

Maya merebahkan tubuhnya di sebelah Megat Andrian yang sedang tidur membelakanginya. Lampu tidur di sisi katil dimalapkan. Matanya cuba ditutup.

“ Abang?”

“ Apa lagi......” balas Megat Andrian acuh tak acuh sahaja.

“ Maya nak mintak maaf. I mean... kalau Maya tak sempat nak...”

“ Kau jangan membebel boleh tak? Aku mengantuk la.” Megat Andrian tidak begitu selesa apabila Maya membincangkan hal itu dengannya. Rimas dan resah terasanya.

Sumpah, aku tak boleh tidur lagi! Agak – agaknya patut ke aku kira bebiri sampai aku tidur? Hisy... macam Mr. Bean! Tapi kalau aku nak tanya dia.... ego aku macam mana? Bisik hati Megat Andrian.

Helo Encik Haikal, ego awak tu takkan turun pun kalau nak setakat nak mintak tolong isteri sendiri. Ilmu mana yang kau pakai ni?!

“ Maya? Kau dah tidur ke?” tubuhnya dipusing menghadap Maya yang menghadap dirinya kini.

“ Tak.”

“ Err... aku nak mintak tolong boleh?”

“ Anything.”

“ Aku nak peluk kau waktu tidur boleh?”

“ Boleh. Suami mana yang kena mintak izin kalau nak peluk isteri?” dalam hati Maya sudah mula tumbuh bunga – bunga bahagia.

“ Hisy kau ni.... aku cakap sikit, kau dah membebel. Harap-haraplah baby kita tak ikut perangai kau ye. Goodnight.” terus tubuh Maya dibawa dalam dakapannya.

'Baby kita?' Sekali lagi Maya terasa bahagia dengan kata – kata suaminya itu. Hmm... perubahan positif, walaupun sikit!

Lena sungguh tidur Maya dalam dakapan erat Megat Andrian. Terasa sungguh selesa. Jujur dia mengatakan, dia sebenarnya amat rindukan Megat Andrian seperti ini. Manis dan tidak garang seperti beberapa hari sebelumnya.



~ TAHNIAH BUAT SEMUA CALON PMR YE! BAGI YANG MEMPEROLEH KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA ANDA! BAGI YG TDK,  JADIKAN ITU SEBAGAI PENDORONG DAN MENCAPAI KECEMERLANGAN PD MSA HDPN! :-) ~

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 14


BAB 14

“ Wake up love....” bisik suara garau itu rapat di telinga Ria.

“ Hmmm.....” gumam Ria perlahan.

Lelaki itu memainkan jarinya di atas bahu terdedah Ria yang hanya diselubungi selimut. Memang dia akui Ria adalah wanita yang sangat tinggi keinginan batinnya. Setiap hujung minggu, pasti lelaki itu akan dipanggil untuk menginap di apartmentnya.

“ Ria sayang.... I kena pergi dah ni... dah lambat.”

“ Leo?”

“ Hmm....”

“ I suka you semalam....” bisik Ria sambil tersenyum nakal ke arah lelaki yang tidak berbaju itu.

“ I dah lama tahu tu. You're different last night. I like. Kalaulah you kahwin dengan I kan senang? Tak adalah kena sembunyi macam ni. I tak tahan dah sayang...”

“ Hisy.... I tak nak kahwin la! I tak suka ada komitmen. Buang masa I aje Leo! I just nak berseronok dengan you dan hanya you dapat beri I kepuasan yang I nak...” Ria mendengus.

Sudah lama dia mengenali lelaki yang bernama Leo itu. Beberapa kali juga Leo mengajaknya untuk berkahwin, kerana Leo tidak mahu melakukan lagi kegiatan maksiat itu. Namun setiap kali jualah dia kalah dengan aksi manja Ria. Jawapannya sama sahaja setiap kali diajukan soalan itu.

“ You, nak berubah? Nak masuk Islam? Gila ke apa?! Entah hantu mana yang merasuk you Leo! Oh please, cut the crap!”

“ Macam mana kalau you mengandung lagi Ria? Takkan you nak gugurkan kandungan you tu? Nyawa you juga akan terancam sayang....” diluahkan juga kebimbangannya itu.

“ I tak kisah pun. Kalau I mandul sekalipun, I tetap tak nak kahwin dengan you. I nak salah seorang daripada adik beradik Megat tu. Adam memang tak berguna, asyik fikirkan anak dia tu. Sekarang, I nak Andrian! I hanya akan bahagia dengan dia!” tegasnya

“ Tapi, anak yang you gugurkan sebelum ni pun anak I jugak kan? I nak bertanggungjawab Ria...”

“ Kenapa you cakap macam I mengandung sekarang? Relax baby... don't worry about me. Lepas tugas terakhir you, nanti I pertimbangkanlah kalau I nak kahwin dengan you.” sekali lagi Ria menaburkan janji palsu kepada Leo. Senyuman menggoda diberikan kepada lelaki itu.

Leo menghela nafasnya dengan berat. Asyik – asyik dengan Andrian tu! Tak habis – habis nak musnahkan rumah tangga orang. Padahal diri sendiri pun tak terurus, nak pula lelaki sebaik Andrian tu? Tahula dia tu hilang ingatan, janganlah ambil kesempatan Ria oiii...

“ Fine. I kena buat apa kali ni?”

“ Senang aje. You ikut aje ke mana betina tu keluar dengan Andrian. Kalau you nampak ada tanda – tanda diorang berbaik, you bagitau dekat I aje kay? Nanti I settlekan semuanya.” dalam kepalanya mula merancang perpisahan pasangan itu.

“ Huh.... I tak tahulah kenapa you nak sangat kat Andrian tu. Dia dah ada isteri Ria, biarlah. I kan ada untuk you?”

“ Masalahnya, you tak ada harta macam yang bapak Andrian ada! Syarikat daddy I pun terumbang - ambing sekarang, tak berapa stabil. You ingat bapak Andrian akan tolong abang dia sendiri? Hmm?”

Nafasnya dihela berat. Rupa – rupanya Ria bukanlah mencintai Andrian seperti yang disangkanya. Malah harta pula yang direbutkannya.

“ Why not? Kalau tak tanya pada Datuk Amriz, macam mana you nak tahu kalau dia nak tolong daddy you? They're brothers Ria, takkanlah adik sendiri tergamak nak tengok kemusnahan abang dia?” dahinya berkerut dengan perangai Ria ini. Seseorang itu bukannya harus dinilai melalui luaran sahaja, malah dalamannya juga. Melalui cerita orang, Leo amat pasti bahawa Datuk Amriz itu ialah orang yang sangat baik hatinya.

“ Bisinglah you ni! Yang you nak membela sangat diorang tu kenapa?! You suka rosakkan mood I! Membebel aje kerjanya. Sekarang you bagi kata putus, sama ada you nak teruskan dengan kerja you tu atau you nak putuskan hubungan kita?”

Berat sungguh mulutnya untuk menyatakan keputusannya. Dia sayangkan Ria dan juga serba salah hendak meruntuhkan masjid yang sudah terbina. Wajah ayu yang kelihatan bengang itu dipandangnya dengan penuh kasih.

“ Bila I nak start?”

“ Hmm.... good! I like! As soon as possible. Sekarang pun boleh. Kalau hasilnya lumayan, I bagi layanan double pada you.” Ria tersenyum senang. Gembira kerana pujukannya itu berkesan.

Leo hanya mampu menangguk lemah. Untuk Ria, apa sahaja sanggup dilakukannya.

Tiba – tiba bunyi lagu Payphone berkumandang menandakan ada panggilan masuk ke dalam telefon bimbit Ria. Telefon yang berada di sisi katil dicapai an dilekapkan terus ke telinganya sebaik sahaja melihat nama pemanggil.

“ Bee! I tengah buat apa? Alaaa.... itu tak pentingla! You nak pergi shopping? You belanja okey? Hmm... I jumpa you kat sana. Bye dear!” Ria terus bangun dengan selimut yang berbalut di tubuhnya.

“ Ria! Nak pergi mana tu?”

“ You kan kata you lambat tadi? So, I nak keluar dengan Bee ajelah. Jangan lupa, kerja you tu kena mula secepat mungkin.”

“ I have something to tell you!” jeritnya, namun Ria sudah hilang di sebalik pintu utama apartment itu sebaik sahaja mengenakan pakaiannya.

“ I tak guna protection semalam....” gumam Leo kepada diri sendiri. Dia amat bimbang sekiranya Ria benar – benar mengandung. Dan kali ini, dia pasti akan memperjuangkan anaknya itu.

<<<<<>>>>>

Bunyi deringan telefon itu menghentikan Maya daripada keasyikannya memasak. Suami tersayang pula sedang menonton Teletubbies. Khusyuk sangat sehingga tidak sedar bunyi telefon yang berdering itu.

Maya hanya tersenyum melihat sifat keanak – anakan Megat Andrian itu. Comel! Dari dulu sampailah sekarang, suka tengok Teletubbies. Entah apa yang menarik dalam rancangan itu pun tidak diketahuinya.

“ Assalamualaikum....” kedengaran suara di hujung talian memberi salam. Maya tersenyum sebaik sahaja mendengar suara yang dirinduinya itu.

“ Waalaikumsalam mama... apa khabar mama? Sihat? Papa?”

“ Mama dan papa sihat Maya. Maya sihat tak?”

“ Alhamdulillah mama... makin tembam pula tu!”

“ Ya ke? Hmm... comellah nanti cucu mama tu! Andrian tengah buat apa?”

Matanya dihalakan kepada Megat Andrian yang masih khusyuk dengan Teletubbiesnya.

“ Tengok Teletubbies.”

“ Budak ni... dah besar panjang tapi tabiat tu tak nak tinggal jugak! Mama ingatkan Andrian dah tak tengok rancangan tu lepas kahwin dengan Maya, tapi rupanya mama salah! Maya, petang nanti Maya free tak?”

“ Hmm... Maya ada rumah aje mama. Kenapa mama? Nak Maya hantarkan mama ke mana – mana ke?”

“ Bukan.... mama dengan papa saja nak melawat Andrian. Mama pun dah rindu dengan cucu mama tau!”

“ Mama ni... datanglah. Maya masak spesial untuk mama dengan papa okey, jangan tak mari pulak tau!” matanya bersinar – sinar apabila mendengarkan perihal ibu mertuanya itu.

“ Andrian ada sakitkan hati kamu ke Maya?” suaranya sedikit mengendur.

“ Tak adalah mama. Lagipun, kalau abang Haikal terkasar sikit pun, Maya tak kisah sebab Maya faham keadaan dia sekarang. So.. Maya kena banyak bersabarlah sekarang ni.”

“ Hmm... okeylah Maya. Jaga diri baik – baik tau. Apa – apa, call aje mama. Kejap lagi mama sampai rumah kamu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam.” gagangnya diletakkan. Megat Andrian memandang Maya dengan penuh rasa curiga. Entah apa pula yang tidak betul di matanya. Keningnya dijongketkan.

“ Mama dengan papa nak datang sini.”

“ Bila?”

“ Kejap lagi.”

“ Diorang nak stay sini ke?”

“ Tak tahu. Mama tak ada bagitau pasal tu pulak.”

“ Bengap betullah kau ni! Takkan itu pun kau tak tanya?!” nada suara Megat Andrian sedikit meningkat.

“ Errr.....” tergagap – gagap Maya hendak menjawabnya.

“ Yang kau tercegat kat situ buat apa? Ingat aku suka sangat tengok muka hodoh kau tu? Dah, blah la. Pergi kunci pintu bilik kau tu.” arah Megat Andrian.

Maya sedikit tersentak mendengar kata – kata kasar Megat Andrian. Namun hatinya disabarkan jua apabila teringatkan keadaan Megat Andrian yang masih belum sihat sepenuhnya.

“ Kenapa?”

“ Kau nak aku kena marah dengan mama dan papa? Sukalah tu, tengok aku kena marah. Aku suruh kau kunci pintu sebab.... nanti kalau mama buat spotcheck kat atas? Kau tak rasa kita nanti kantoi?”

' Abang aje yang kantoi! Maya tak kantoi pun!' kata Maya dalam hati.

“ Ohh.... habistu Maya nak tidur dekat mana?”

“ Atas kepala aku, nak? Apasallah kau ni sengal sangat? Mestilah kau tidur dalam bilik aku!” bentaknya,

Tadi kena marah bengap, sekarang sengal. Apa punya laki la Andrian ni!

Maya memalingkan tubuhnya sambil tersenyum memandangkan dia dapat kembali ke kamar yang penuh dengan kenangan indah mereka itu.

“ Jangan senyum sangat. Bukannya elok mana pun!” tegur Megat Andrian.

' Cis! Aku nak berangan kejap pun tak tenang! Haila dapat laki macam Haikal ni! Tapi aku sayang!' desis Maya.

Friday, 7 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 13


BAB 13

SEKARANG.....
“ Masuklah! Yang kau tercegat kat pintu tu kenapa? Ingat cantik sangat muka tu?!” sergah Megat Andrian kasar kepada Maya yang sedari tadi teringatkan detik – detik indah bersama suaminya itu sebelum dia hilang ingatannya.

Maya mengeluh dengan berat. Dia tahu, dia perlu banyak bersabar dengan kerenah suaminya yang tidak sihat ini. Emosinya perlu ditenangkan, lebih – lebih lagi dalam keadaannya yang sedang mengandung itu.

Suasana penthousenya itu kelihatan suram, sama seperti dirinya yang sedang berperang hebat dengan perasaannya sendiri.

Maya mengikuti langkah Megat Andrian ke bilik mereka. Megat Andrian langsung tidak menyedari kelibat Maya yang berada di belakangnya itu.

“ Eh! Kau nak buat apa ni?! Helo, ini rumah aku, so aku yang tentukan apa yang berlaku dalam rumah ni. Kau, tidur dalam bilik yang hujung tu. Itu pun dah baik hati aku tau! Baik kau pergi cepat sebelum aku ubah fikiran aku!” terus pintu itu ditutup.
“ Sampai hati abang....” satu persatu manik mutiara jernih mula gugur di pipi mulus Maya. Langkahnya diatur perlahan ke bilik yang berada di hujung. Tubuhnya dihempas perlahan ke katil.

Hancur berkecai hatinya apabila suaminya itu melayannya tidak ubah seperti orang asing sahaja. Sepuluh tahun mengenali lelaki itu, dengan begitu mudah dia boleh melupakannya. Maya sangat rindu akan lagak manja Megat Andrian yang sentiasa mencuit hatinya. Terlalu rindu.

Maya mengeluarkan album perkahwinannya dengan Megat Andrian dari bawah katil. Ditatapnya betapa gembiranya dia di sisi Megat Andrian enam bulan lalu. Dengan sisa – sisa air mata yang masih berbaki, Maya tidur dengan lena dengan album itu dalam dakapannya.

<<<<<>>>>>

Bunyi bising dari arah ruang tamu di bawah mengejutkan Maya dari tidurnya. Dahinya berkerut. Siapa pula yang datang? Sekarang sudah pukul tujuh setengah malam. Ya Allah... lamanya dia tertidur!

Maya mengambil wudhuk lalu segera menunaikan solat maghrib. Usai menunaikan kewajipannya, digagahkan jua dirinya untuk melangkah ke bawah. Dia masih ingat bahawa dia perlu memasak untuk suaminya itu namun dirinya pula tidak terasa lapar pada ketika ini.

Alangkah terkejutnya Maya apabila melihat Ria sedang bergelak sakan dengan tangannya dilingkarkan di sekitar leher Megat Andrian. Kepalanya pula dilentokkan pada bahu Megat Andrian. Lelaki itu hanya membiarkan perlakuan tidak senonoh Ria.

' Laki aku ni la.... bini yang halal ada tak mau! Nak jugak yang haram tu! Nasib baik aku ada sekali dalam rumah ni, kalau tak dah sah – sahlah kena tangkap basah! Panas betul hati aku!' getus Maya dalam hatinya dengan wajahnya yang masam.

Apabila teringatkan anak yang dikandungnya itu, Maya menyabarkan dirinya dan memaksa segaris senyuman. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa sakitnya dia merasa ketika itu. Maya percaya bahawa di sebalik setiap ujian yang diberikan oleh-Nya, pasti akan ada hikmahnya.

“ Ehem....” Maya berdehem sebelum memulakan bicaranya. Kini, dua pasang mata sedang tajam menikamnya. Ah! Lantak diorang nak pandang aku lah! Aku tahu aku ni cantik!

“ Abang... nak makan apa? Maya nak masak.”

Terpaku seketika Megat Andrian melihat rambut panjang Maya yang sudah mencecah bahunya. Cantik! Benda yang tertutup ni lebih cantik daripada yang terbuka.... desis Megat Andrian.

“ Abang....” Maya kaku di situ, tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan panahan mata Megat Andrian yang sungguh tajam itu.

Ria yang berada di sebelah Megat Andrian sudah tidak senang duduk dengan tenungan lelaki itu.

“ You!” kejut Ria.

“ Hah?” buat seketika, Megat Andrian terpinga – pinga. Kantoi sebab ralit sangat ushar bini dia tu!

Ria merengus geram. Aku yang cantik macam ni dia tak nak pandang, muka sememeh betina tu jugak dia nak tengok!

“ Tak payah masak la. Buang masa aje. Bukannya kami kebulur nak makan kau punya masakan pun!” jawab Ria bagi pihak Megat Andrian.

“ Aku tak tanya kau. Kau pekak ke? Aku tanya suami aku. Abang, nak makan tak? Maya nak masak.” menggelegak sudah darahnya dengan jawaban kurang ajar daripada Ria itu.

“ Tak payah! Andrian dah kenyang!” Ria masih enggan mengalah. Membara hatinya dengan kata – kata pedas Maya sebentar tadi.

“ Abang.... sekali lagi Maya tanya, nak makan atau tidak?” disabarkan jua dirinya menghadap manusia yang tidak berapa disukainya itu yang sedang duduk di sebelah Megat Andrian.

“ Tak nak.” sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Megat Andrian. Sebenarnya, dia masih terpukau dengan kecantikan Maya. Semulajadi sungguh!

“ Kan aku kata dia tak nak makan. Dah, bla aje lah. Malas aku nak menghadap muka kau!” kata Ria dengan sombong, disertai dengan senyuman sinis yang ditujukan kepada Maya.

Maya naik ke atas dengan hati yang membengkak. Dia hanya mahu tidur dan ingin menyediakan senjata untuk menghadapi Megat Andrian esok. Day two, here I come! Dia berhasrat ingin membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya sekali lagi. Itu janjinya!

Megat Andrian tidak dibenarkan bekerja sebagai juruterbang sehingga dia sihat sepenuhnya. Itu arahan papa. Maya pula disuruh Megat Andrian agar duduk di rumah sahaja akibat berasa tercabar kerana tidak mahu seorang perempuan yang menyaranya.

Megat Andrian pula sudah tidak senang duduk. Perutnya berkeroncong kerana sedari tadi tidak diisi dengan makanan. Sibuk sangat melayan kerenah Ria sehingga tidak sempat pun dia mengisi perutnya sendiri.

' Pandai – pandai aje Ria cakap aku tak nak makan. Tapi... nanti jatuhlah ego aku kalau aku makan apa yang Maya masak. Baru hari pertama dah tumbang! Tapi, dia kan bini aku... macam mana aku nak percaya Maya sedangkan aku sendiri ragu – ragu terhadap diri aku sendiri?' Megat Andrian berdiskusi dengan otaknya.

Dalam kepalanya sudah terancang sesuatu, malam nanti dia akan menyelinap dan masak sesuatu. Telur goreng pun jadilah!

<<<<<>>>>>

Jam di sisi katil dipandang. Baru pukul dua pagi. Perut Maya sudah berkeroncong seperti biasa pada waktu ini setiap hari.

“ Anak mummy lapar ye? Hmm... nak makan apa ek? Mummy rasa.... kita makan aiskrim la!” Maya berbual dengan anaknya sambil mengusap perutnya yang masih kempis itu.

Sampai sahaja ke anak tangga yang ketiga, bau asap yang tengik menusuk rongga hidung Maya. Sempat lagi Maya melihat ke arah bilik Megat Andrian yang terkatup rapat.

“ Bau macam.... telur hangus! Siapa pulak yang nak goreng telur malam – malam ni? Melainkan.....” Maya tersenyum sendirian. Itulah, tadi jual mahal sangat!

Di dapur, Megat Andrian terkial – kial mengikis telur yang melekat di kuali. Telur yang hangus itu tidak dihiraukan dan terus diletakkan ke dalam pinggan. Yang penting, perut yang kosong mesti diisi dahulu!

“ Abang tengah buat apa tu?” Maya menyandar di dinding dapur sambil tersenyum.

“ Aku....” Megat Andrian kehilangan kata – kata kerana ditangkap 'basah' oleh Maya.

“ Abang lapar eeekkk??”

“ Mana ada! Aku cuma....”

“ Dahla. Hmm... abang nak makan apa? Maya nak masak sekarang. Sayang, kita makan dengan daddy nak?” sekali lagi Maya mengusap perutnya. Tersentuh hati Megat Andrian dibuatnya.

“ Aku nak maggi.”

“ Alaaa... maggi tak elok untuk kesihatan la...”

“ Aku nak makan jugak! Kau kena dengar cakap aku!”

“ Ye la... tak apa, mummy buat maggi sihat untuk daddy!” kata Maya ceria.

“ Gila ke apa kau ni? Cakap sorang – sorang...” Megat Andrian tersenyum sinis. Maya tidak cepat melatah, tapi dia masih lagi tersenyum manis. Semuanya untuk baby sayang....

Hanya lima minit sahaja Maya sudah siap menggoreng maggi. Dihidangkan maggi itu di atas meja makan. Megat Andrian sudah tertidur. Sebaik sahaja terbau maggi yang sungguh menyelerakan itu, terus matanya terbuka.

' Takkan aku nak makan apa yang dia masak? Karang dia bubuh racun, mati aku!' ragu Megat Andrian dalam hati.

Maya turut serta di meja makan itu dengan bekas besar aiskrim vanila perancis. Yum... yum! Nikmat sungguh!

“ Kau makan sikit. Sikit aje tau!” arah Megat Andrian. Maya hanya buat apa yang disuruh tanpa banyak soal. Dijamahnya sedikit maggi yang masih berasap itu. Dalam sekelip mata, maggi itu sudah hilang dari pandangan mata.

“ Kalau abang lapar... abang cakap aje lah dekat Maya. Tak payah dengar cakap sepupu abang tu. Perut abang bukan dia yang rasa!”

Megat Andrian menghentikan suapannya. Dipandangnya Maya lama.

“ Habis tu? Perut aku kau yang rasa? Hmm? Kau nak kata yang kau hidup dalam aku? Kau rasa apa yang aku rasa? Okey fine! Kau patut tahu apa rasanya kalau hidup dengan orang yang kita tak suka kan?” soalan Megat Andrian itu mengenai tepat ke batang hidungnya.

“ Tapi.....”

“ Dahla! Mati selera aku. Kemas. Jangan ingat kau tu mem besar dalam rumah ni.” Megat Andrian terus pergi tanpa menghabiskan makanannya itu.

“ Tapi situasi kita berbeza... Haikal tak... tak.... ingat Maya langsung....” kata Maya perlahan. Diambilnya pinggan Megat Andrian dan dihabiskan jua sisa makanan yang ditinggalkan Megat Andrian itu dalam tangisan.

' Kau kena kuat Maya. Kau kena rebut balik hak kau! Haikal tu hak kau, jangan bagi sesiapa pun, termasuklah Ria! Kau tak boleh nangis Maya, ingat anak kau! Anak kau dengan Haikal. Sebabnya Maya, kau sendiri tahu betapa sayangnya Haikal pada dirimu dan betapa sayangnya kau pada dirinya itu.' bisik suara hati Maya.