My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 1


BAB 1

Bangun!! Bangun! Bangunlah badak betina oii..Teriak kawan baikku, merangkap roomate sejati aku, Afifah Athelia.
Liatnya minah sorang ni nak bangun tidur. Tidur macam tak pernah tidur 1001 malam! Mengalahkan Sleeping Beauty.
Kejaplah Afifah. Orang tengah mengantuk ni. Lima minit lagilah.Dengan bersungguhsungguh aku menarik kembali selimut tebal menutupi seluruh tubuhku.
Aku hanya memakai camisole putih dengan seluar pendek. Aku memang pakai macam tu sebab takkanlah Afifah nak tergoda tengok keadaan aku yang tak sempurna ni? Geligeleman aku dibuatnya memikirkan kalaulah Afifah tergoda tengok.....Eiii...Gelinya!
“Woi! Bangunlah! Orang punya tengah sibuk nak pergi amik ijazah, yang kau sekor ni tersesat apesal? Rysha, kau ni keturunan kerbau ke apa? Asyik – asyik nak berkubang kat dalam selimut tu! Kalau kau ada suami tak apalah juga, boleh juga kau ehem...ehem...pastu terus berkubang kat dalam tu!” Aku memang serik dengan perangai minah sekor ni yang suka tidur overtime. Getus hati besar Afifah.
Orangnya besar, comel, gebu,mestilah hati pun besar kan? Ha! Ha! Guna logiklah!
Kau nak tolong jadi broker aku ke? Aku tak kisah tapi memang sori no money la!Aku menyuarakan pendapatku. Kawan aku ni, suka cakap pasal suami padahal tak ada orang yang masuk meminang lagi pun...Agaknya dia ni tengah angau kat sesiapa kot?
“Buruk bebenor la perangai kau Nur Qaireena Airysha Hakimi Nordin. Aku tak tau siapa yang sanggup kahwin dengan kau. Aku tabik spring kat bakal suami kau. Air liur basi,perghh!!! Baunya boleh bau sampai satu kilometer wo! Memang pelik bin ajaib kalau dia boleh tahan baunya!”
Itulah nama aku, Nur Qaireena Airysha bt. Dr. Hakimi Nordin. Aku jeles betullah kat minah laser ni. Nama dia punya sedap,macam nama mat saleh pulak kan? Tapi aku bangga sebab nama aku lagi panjang. He... He... Aku lah menang!
Sekurangkurangnya taik mata aku tak berkilo kat mata bukan macam ada orang tu!Aku mengusiknya setelah melihat terdapat 'segumpal' tahi mata melekat di hujung mata Afifah. Melekat di atas hidung pun ada! Lawaknya minah laser ni! Nak kutuk orang tapi tak cerminkan diri sendiri.
Segera aku melihat Afifah sibuk membersihkan tahi matanya yang sudah melekat di meratarata.
“Kau ni.. Ada ke kalau kawan buat macam ni? Cepatlah bersiap Rysha, aku berjanggut tau tunggu kau kat sini...”
Belum sempat Afifah menghabiskan ayatnya, aku sudah cabut menuju ke tandas. Walaupun aku berasa sungguh berat untuk bangun daripada katil yang telah banyak berjasa kepadaku, aku terpaksa berbuat demikian untuk mengelak daripada sesi ceramah percuma Afifah. Tak larat aku! Katil tu memang banyak berjasa kepada aku kerana sudah tidak terkira berapa juta gelen air liur basi aku yang katil kesayangan aku tu dah serap!
Woi perempuan! Aku sibuk bagi hujah kat sini, dia boleh buat selamba aje pergi macam tu? Ucaplah terima kasih ke? Tochehtocheh ke? Biane ke? Tak mengenang budi betul. Buat bazir air liur aku!
Airysha ni nampak sangat dah hidup lama! Isyh.... perempuan ni, hati baik tapi perangai? Mengalahkan andartu kerbau berkubang dalam lumpur! Karut – mengarut dia jugak,pandai tak terkata! Cerdik! Kok ya dia guna mandrem kot?
Astaghfirullah! Tak baik aku berprasangka buruk kat kawan aku! Nak kata guna mandrem, tak juga sebab sebab aku 24 jam berkepit dengan dia. Mana Rysha ada, mesti aku ada. Nak kata study,hmmm....Almaklumlah, dah nama Permaisuri Tidur! Rysha.. Rysha... nasib aku jadi kawan kau..
Lama Afifah bermonolog dalam hati..Huh, maunya kalau Rysha mengamuk,baru tau! Tapi yang Si Rysha ni jenis sayang giler dekat kawan baik dia tu. Sehati sejiwa lah katakan..
Aku masuk ke dalam bilik air. Sempat aku membelek wajah aku yang comot peringkat antarabangsa tu. Rambut sehabis serabai, 'peta' air liur basi dah macam peta dunia. Eh betullah apa kawan aku sorang ni bagitau kat aku. Siapa yang sanggup kahwin dengan aku? Perangai aku ni memang tak boleh nak cakap apaapa pun, dah memang sehabis baik aku punya perangai ni!
Air sejuk mula membasahi rambutku. Aku memang gemar mandi air sejuk walaupun aku demam. Sebab itulah aku selalu dimarahi oleh ibu kerana enggan menggunakan pemanas yang sedia ada. Kata ibu, aku memang sengaja mahu cari nahas!
Kalau dalam tandas,hmm... Serupa macam pentas Malaysian Idol aku! Segala nyanyian aku keluar. Kesian kawan aku tu selalu jadi mangsa ngilaian aku!
Coz' there'll be no sunlight, if I lose you baby. There'll be no clear skies, if I lose you baby. Just like the clouds pass,my eyes will do the same, if you walk away, everyday it'll rain....rain...rain...eh..eh..eh...Aku memulakan nyanyianku yang terlebih merdu tu!
Aku suka gila lagu nyanyian Bruno Mars tu, tajuknya ialah It Will Rain. Terasa sungguh syahdu. Bayangkan seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi wanita yang amat disayanginya. Biasanya seseorang lelaki itu mempunyai tahap keegoan yang sangat tinggi.
Lelaki menangis adalah suatu perkara yang mustahil. Tetapi jikalau wujud lelaki sebegini rupa, aku memang sangat menghormati lelaki itu! Gentleman beb!
Kalaulah aku dapat seorang lelaki seperti itu sebagai teman hidup aku. Biarlah tak handsome pun, asalkan sayang aku, dah lebih dari mencukupi! Ahh!! Tak mungkin lelaki seperti itu wujud di dunia fana ini!
Tibatiba aku terdengar ketukan di pintu tandas lantas mengejutkanku dari keasyikan aku menyanyi. Asyik, asyik, asyik, asyik, asyik menyanyi....Aduh! Tukar lagulah pulak!
“Woi kau jangan menyanyi kalau kau tak nak taufan melanda! Kau tahu tak Rysha, bukan sahaja sunlight tak ada, agaknya sunlight lari balik kampung dengar suara 'lunak' kau tu! Kau sebenarnya memudahkan kerja katak panggil hujan tau. Untuk itu, aku nak ucapkan terima kasih dari pihak Persatuan Katak Sedunia” selamba Afifah berkata – kata. Memang dia sudah biasa dengan bertutur begini dengan kawan baiknya itu. Tak adalah terkejut sangat pun..
Seperti biasa, aku sudah lali dengan katakatanya yang bagaikan tak ada insurans tu! Namanya memang melekat sebagai minah laser! Aku tidak cepat mengalah, lantas aku menjawab,
Asalkan tak ada volcano sudah. Suara aku okey apa...Kalah Jennifer Lopez! Aku rasa Jordan Hendrix tu sebenarnya terpikat kat suara aku la..Tambahtambah lagi dengan wajah aku yang comel. Meletup saham aku tau!
Tak ada angin, tak ada ribut, ingatan aku kembali kepada Jordan Hendrix. Seorang jejaka Inggeris yang menaruh hati terhadapku. Dia melamar aku untuk menjadi teman wanita dia. Eii.. tak mahu aku! Nanti dok meraba sana meraba sini, buat tambah dosa aje. Pesanan ibu masih tersemat kukuh dalam kepala otak aku.
Hang toksah (tak usah) dok cari jantan kat sana. Kalau ibu dapat tau apaapa pasai hang dengan jantan lain, siap hang ibu bantai (belasah) !
Aku memang gerun apabila dengar ibu bercakap begitu. Tapi menjadi perkara kebiasaan mami Penang cakap macam tu. Keturunan mereka memang macam tu. Fuh! Aku bangga gila jadi anak mami Penang. Aku takkan cakap macam tu kat anak aku, nanti dia lari macam mana? Apabila mereka melakukan kesalahan, terus aku fire, tak ada warningwarning semua!
Lagi satu,mamat ni ada satu tabiat yang cukup buruk! F.Y.I, dia botak gaya bersih habis berkilat. Tabiat buruk dia tu.....macam mana nak cakap eh?
Dia suka kentut! Kentut sikitsikit tak apa juga, ini tidak, kentut gaya dah macam tak kenal erti malu! Aku masih ingat pada suatu masa itu, aku tengah menjamu selera di cafeteria Harvard University, dia datang jumpa aku. Alahalah duduk aje sebelah aku, terus dia 'melepas' bom atom yang baunya hanya aku sahaja tahu betapa teruknya! Terus mati selera aku nak makan.
Agakagaklah nak kentut masa orang tengah makan! Ni tidak, main redah aje melepas sana sini. Paling aku tak tahan ialah kalau dia kentut bunyi macam itik melolong! Yuck! Mual sungguh apabila memikirkannya!
Sejurus selepas aku keluar dari tandas, aku lihat Afifah sudah bersiap. Semangat la tu.. Aku memakai baju kurung satin berwarna merah jambu dan putih. Aku mengenakan tudung berwarna putih. Siap! Aku menyapu sedikit bedak dan mencalit lip gloss Maybelline New York Baby Lips. Aku memang tak suka pakai gincu,rimas!
Aku segera menyarungkan kasut loafers aku jenama Clarks yang berwarna putih. Maunya aku jatuh terjelepok pakai kasut tinggi! Masa tahun pertama aku di Harvard University, keinginan aku membuakbuak untuk mencuba memakai kasut tinggi. Kali pertama pulak tu! Aku berjalan...dan jalan...dan akhirnya..gedebuk! Aku jatuh tersungkur. Semua senior aku yang ada di sana ketawakan aku! Malunya aku!
Balik bilik petang tu, kaki aku dah bengkak macam kuepau. Menyesal aku mencuba kasut yang setinggi 3 inci itu. Itu baru 3 inci sahaja, aku pengsan terus kalau pakai yang setinggi 5 inci!
Selesai bersiap,aku dan Afifah berjalan beriringan ke bilik konvokesyen Harvard University. Rasa bangga kerana aku juga berjaya masuk dan belajar dalam universiti idaman aku sejak azali lagi. Ececeh! Azali konon! Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajianku dengan ijazah Bachelor of Bussiness Administration.







2 comments:

  1. I'm pretty pleased to uncover this site. I need
    to to thank you for ones time due to this fantastic read!!
    I definitely loved every bit of it and i also have you book
    marked to see new things in your site.

    My web site: boom Beach cheats ipad

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)